Tuesday, March 6, 2012

pejuang yang tunduk di medan pertempuran.

maju kehadapan. bukan berundur kebelakang.
maju kehadapan bukan bermaksud kau tidak berpaling kebelakang.
kerna dibelakang itulah lah yang membentuk kau.
membentuk kau bagaimana kau jadi seperti hari ini.
jika tiada belakang.
maka tiadalah hadapan untuk kau.
kau berpaling.
melihat sesuatu yang kau harus tinggalkan.
sebuah senyuman.
sebuah tangisan.
sebuah teguran.
kau tinggalkan semua.
menuju hadapan yang kau sendiri belum pasti.
kau pejuang.
pejuang yang kuat untuk menempuh kepedihan.
tetapi tidak semua pejuang berjaya.
ada mati di dalam perjalanan.
ada mati di dalam pertempuran.
ada yang hidup bertangan satu.
hidup bertongkat berjalan satu kaki.
aku juga pejuang.
namun langkahku longlai.
berkerusi roda untuk menempuh hari hari mendatang.
menangisi mengapa aku harus terjerumus ke dalam pertempuran itu.
pertempuran yang ku tahu aku sememangnya akan kalah.
aku terbaca setiap tinta tinta yang kau luah.
ia membuatkan ku lelah.
dada ku seperti dipalu.
aku sendiri tidak menyangka aku sanggup berbuat itu semua.
sedangkan aku tahu kau lah insan teristimewa dlm hidup ku.
aku parah.
pedih membaca bait bait yang kau tulis.
yang menyatakan kesedihan kau tentang kelakuan ku.
itu semua kenangan.
yang kau cuba untuk padamkan.
yang kau cuba hilangkan di segenap otak kau.
yang ku tahu kau pasti mampu.
mampu melupakan setiap detik kita.
setiap perjalanan dan langkah yang kita lalu.
kerna kau tetapkan kebencian di dalam diri.
yang kau tidak akan berpaling lagi.
aku mengerti.
dan aku tidak akan menghalang.
biarpun kau tahu aku tidak akan benarkan itu semua terjadi.
aku angkuh.
aku ego.
aku terlalu yakin kau akan jd milikku.
tetapi semua itu memakan diri sendiri.
membaham luka kau dari sejak perkenalan kita.
dari bermulanya episod yang ku jangka pasti berakhir dengan kesyukuran.
aku bersyukur pernah dipertemukan dgn kau.
bersyukur pernah merasa apa itu nikmat berkasih.
bersyukur kau berada di mana dan setiap masa jika ku memerlukan.
kau sempura.
tidak layak untukku yang buta.
buta dengan nikmat yang kau curah selama ini.
aku mungkin doakan yang terbaik.
tetapi jauh di lubuk hati ini.
tetap menunggu.
maafkan aku.
maaf di atas semuanya.
takdir menguji kita.
cuba mempermainkan perasaan.
itu semua sudah tersurat.
kau bukan milikku.
bukan hari ini.
bukan esok.
atau mungkin bukan untuk selamanya.
maaf untuk tidak menjadi yang terbaik.



Sunday, January 29, 2012

Biarkan semua.

bisakah ku tanpa mu? ya. bisa kah ku tanpa mu? pasti tidak bisa. hatiku mula rapuh. hati ku mula sepi. aku bercerita tentang bulan. bulan yang kian malap kerna diselubungi awan nano. pergi nya sekeping hati. pergi jauh dihempas ombak jahat. ombak yang dengki dengan kejujuran. ombak yang sengaja menghempas kejujuran. ombak yang menenggelamkan sang setia. kaki ku lemah. cuba berjalan merentasi pasir pasir halus dan disulami cengkerang yang tajam. longlai. seperti tidak bernyawa. hanya senyum pahit dan ketawa palsu yang menemani diri. satu per satu langkah diorak. seperti ada yang cuba menahan. seperti ada yang cuba menolak aku jatuh. jatuh tersungkur supaya tidak perlu bangun kembali. aku kalah. dihumban rasa kecewa. berpelosok ke ceruk yang lebih hina. berkumandang dengan jeritan jeritan memabukkan. mematikan hati ku tentang indahnya cinta. lupa dengan segala kemewahan cinta yang pernah disuapkan. lalu muntah. memuntahkan segala yang pernah dimamah, dikemam dan ditelan. aku rindu belaian cinta. memeluk erat setiap inci tubuhku ketika ku sedih. ketika ku di bawah. ketika ku sakit. ketika ku putus harapan dengan dunia. jika cinta itu pergi. maka tutup kan lah semua pintu hati ku. agar tiada lagi kecewa. agar tidak lagi mengecewakan. biar angin terus bertiup dan biar burung terus berkicau. biarkan semua seperti biasa. biarkan aku dengan harapan ku. kerna hanya aku yang tahu...


# Peterpan - Semua tentang kita.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Reff:

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Wednesday, January 25, 2012

buta, pekak, kunci, rentap dan matikan lah.

aku manusia punya hati. sekeras hati ku. tidak akan ku alirkan air mata jika bukan kerna kamu. aku benci melihat diri ini menangis. benci dengan apa yang telah aku lakukan. benci mengapa semua ini mesti terjadi. aku bukan manusia sempurna. aku pernah melakukan kesilapan. malah aku jua akan melakukan nya lagi. kau buang aku. kau cuba buang semua kenangan. sesungguhnya dapat ku rasai penyesalan dari mu setelah menerima ku kembali. kau tidak sempurna untuk ku yang hina. aku boleh senyum. aku boleh ketawa. tetapi di dalam hati, terbeku sebuah penyesalan yang ku harapkan agar ia pudar di mamah detik masa. ku punya sayap. ku mampu terbang. namun sekarang ia nya telah patah. malam malam ku kini hanya di temani mentol malap yang menunggu masa untuk padam. Tuhan, jika ini benar untuk ku, maka kau cepatkan lah semuanya agar pedih ini hilang selamanya. aku mahu hidup. mahu bahagia seperti manusia lain. jika KAU benarkan aku untuk hidup, biarkan aku kecapi bahagia itu. tapi bukan dengan melihat nya bahagia tanpa ku. ku telan sisa sisa yg telah ku ludah. ku ratapi. dan berharap agar aku tidak seharusnya meludah sesuatu yang telah lama ku simpan. seharusnya ku tahan dan pasti bahagia akan menjelma. namun ku tidak sabar. hari demi hari. semuanya semakin pudar. sedangkan ku mampu untuk melihatnya pudar, tetapi aku hanya diam membisu, tanpa berbuat apa apa. dan kesudahan nya aku parah. parah di hentam ombak sendiri. aku tidak mampu berpaling dari nya. kerna tanpa nya diri ku umpama mati. umpama layang layang yang putus talinya. dia tahu, tetapi tetap membiarkan layang layang itu terus terbang di tiup angin kencang. Tuhan, jika memang benar dia bukan milik ku. kau buta kanlah mata ku. kau pekak kanlah telinga ku. kau kunci lah jari jemari ku. kau rentap lah langkah ku. kau mati kanlah hati ku dari menerima insan lain. dan melihat nya bahagia di samping manusia lain. aku tak bisa tanpa nya. aku pasti tidak bisa meneruskan semua ini tanpa nya. tak bisa jauh.

# slank - ku tak bisa.

video

Tuesday, January 24, 2012

kumbang yang tidak mengerti.

aku bukan raja. aku bukan dewata. aku hanya pencinta wanita. seindah kata, menusup ke dalam kalbu. sejuta wanita mampu ku cintai. namun hanya satu yg mampu bertakhta di hati. meratapi segala kesedihan. di kala bulan juga menutupi sinarannya. ingin bersatu tetapi tiada penghujung. ingin mencari pengganti tiada mungkinnya. penuh berlagu dalam hembusan malam menanti sesuatu yang pasti tidak akan terjadi. sememangnya takdir itu kejam. namun kejam lagi manusia kerana selalu memperhambakan takdir. aku hanyut. pergi bersama embun pagi taktala matahari mula memunculkan diri dan membasahi dahi setiap manusia di bumi nyata ini. bumi ini nyata dan takdir itu juga nyata. jika kenyataan itu payah. jika kenyataan itu perit. maka sememangnya hidup ini memang penyeksaan. aku mahu pergi. tetapi hati ini meronta kesakitan. sakit kerna perbuatan sendiri. aku ingin mati. tetapi bukan itu penyesalan yang harus ku jalani. ku petik bunga kembang di waktu pagi. dan ku selitkan di celah telinga ku untuk 7 tahun lamanya. dulunya mekar indah. namun sekarang hanya tinggal tangkai tidak berkelopak. aku sedia nya pasrah. tetapi pasrah tidak akan membuatku bahagia. bunga dulu sememangnya mekar indah. kini hanya tinggal kenangan. kenangan yang pasti tidak boleh dilupakan. 7 tahun, dan aku hancurkan bunga itu. sesal tidak berpenghujung. aku bodoh. aku manusia bodoh. yang sering memperhambakan dunia. yang melupakan si kekasih tanpa belas. jika ku ulang sejuta kali pun. tak mampu untuk melembutkan hatinya. biarlah sang pencinta ini pergi. sepi berkelana tanpa arah. apa yang mampu ku katakan. hanya kau bertakhta di hati. selamanya.



# ada band : manusia bodoh.


video

Thursday, December 16, 2010

antara seterika dan kad waranty.

pada suatu malam seorang Q telah pergi ke tropikana city mall yang terletak di petaling jaya.tujuan beliau adalah mahu menengok cerita tron yang sangat dasyat gembar gemburnya.namun yang begitu beliau dengan bangganya telah membeli tiket tersebut melalui laman sesawang golden screen cinema.oleh itu dengan senang hatinya beliau meliang liuk berjalan jalan di tropikana city mall.sedang beliau berjalan jalan beliau ternampak ada orang menjual barangan elektrik.maka terdetik lah di hati beliau jika beli seterika bagus juga boleh dibawa ke kuantan nanti.cari yang murah pun jadilah tapi beliau mendambakan seterika yang boleh mengeluarkan air dan wap wap supaya mudah untuk menggosok baju nanti.maka dengan tenang beliau membelek belek seterika yang diimpikan tersebut.belek punya belek, beliau pun mengambil keputusan untuk membeli barangan tersebut.di bawah ini adalah perbualan seorang Q bersama tukang kedai I dan pembantu khidmat pelanggan M.

seorang Q : miss saya mahu yang ini.

tukang kedai I : oh ok.lain barang?

seorang Q : saya nak yang ini sahaja.bayar mana?test dulu ya mana tau tak hidup pulak nanti.

tukang kedai I : ok sekejap ya.(bukak kotak,cucuk kat punca elektrik,pusing pusing suis).menyala kan?saya tak letak dalam plastik balik sebab panas.ini waranty u kasi cop, lepas tu bayar sana ya.

seorang Q : mana?

tukang kedai I : u terus nampak eskelater u kasi turun bawah u kasi cop dulu baru bole dapat barang.(sambil menunding jari ke arah utara sebenar bumi).

seorang Q : nak beli seterika pon susah belom nak beli kapal terbang lagi.kenape la kene jalan jalan plak ni dah la jauh ape tempat die cakap pon aku tak paham.dah tau aku orang melayu cakapla bahase melayu ini ade ke cakap tamil mane la aku paham.huh!(seorang Q mendengus dengus cari tempat nak kene baya tu).

seorang Q : haaaa.kat sini rupenye kau ye.penat aku pusing pusing 1 tropikana ni.nah tlg cop.(sambil menghulurkan kan kada waranty yang diberikan oleh tukang kedai tadi).

pembantu khidmat pelanggan M : ok sudah.nanti u koyak atas ni kasi hantar itu kilang yang bawah u simpan.(tunjuk kepada seorang Q garis garis putus di kad waranty tersebut di mana kawasan yang patut dikoyakkan).

seorang Q : ok.ni baya kat sini kan?

pembantu khidmat pelanggan M : oh.sini mana ada bayar bayar.

seorang Q : aik?(garu kepale,senyum dan beredar ke tingkat atas untuk menunjukkan kepade tukang kedai tersebut yang kad waranty sudah di cop).miss ini kad waranty (sambil menghulurkan kad tersebut tidak beserta dengan wang tau).

tukang kedai I : ok.(balut balut seterika dan terus menyerahkan bungkusan kepade seorang Q tanpa bertanye ape ape dan meneruskan keje beliau mengelap ngelap kotak yang berade di situ).thank you come again.

seorang Q : aik?(capai beg plastik dan terus beredar tapi masih berfikir kenape tak payah bayar ke?)

seorang Q meneruskan perjalanan dan niat beliau untuk menonton cerita tron.namun yang demikian beliau masih tidak berpuas hati.kenapa beli seterika di tropikana tak perlu bayar ke?beliau senang hati dan terus tengok cerita tersebut.beliau cakap kepada saya yang cerita tron memang best gila.gila pun tak best mcm tron.lepas itu seorang Q pun balik.

persoalan nya sekarang, adakah seorang Q bersalah tidak membayar seterika tersebut atau itu dikira rezeki beliau?

*yang peliknye, di kedai tukang kedai I tu ade je mesin kire kire.konfius betul!

ini merupakan bukti sebab tu tiada resit. ha ha ha


*ini adalah seterika percuma beliau

* ini pula kad waranty tersebut

* ini pula cerita TRON yang sangat lah best

peace yo!

babai!

Thursday, December 2, 2010

hati mereka kecil.

apa itu askar?
askar adalah seorang orang yang telah memasukkan diri mereka ke lembah yang payah serta berliku liku kerana askar ni amatlah susah untuk menjadi askar.apa ntah ayat aku ni aku sendiri pon tak paham.tujuan askar ditubuhkan adalah untuk melindungi negara dari ancaman musuh yang jahat dan suka berperang.maka terbitlah terma perkataan askar.askar ada banyak jenis.ada aksar darat.ada askar laut ada askar udara waima askar wataniah juga ada.mereka ini sememangnya askar dari segi nama.sebut sahaja askar mesti semua orang gerun kononnya askar ini kuat dan berjiwa patriotik.namun yang begitu tidak semua bersifat sedemikian.ada juga askar yang tidak tahu berkawat.tidak boleh memanjat dinding 6 kaki ada juga yang tidak tahu berenang malah tidak tahu mengapa mereka menjadi askar juga ada.jika ada rakan anda yang cuba menggebang bahawa beliau adalah askar yang kuat, cuba minta mereka melakukan sit up sebanyak 20 kali mesti tercungap cungap seperti baru lepas dikejar babi.kebiasaanya mereka mereka yang baru sahaja tamat latihan akan cuba untuk menggebang kepada masyarakat yang beliau telah menjalani latihan dengan sungguh jaya nya sekali.semua itu sangatlah bull shit.jadi berhati hati lah ketika ada rakan askar anda yang cuba mengaburi mata anda.namun disebalik cubaan menipu itu, tersirat beberapa perkara yang mungkin tidak terjadi kepada masyarakat di luar sana.di antara nya ialah, askar ini dilatih supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala perkara yang tidak diingini berlaku dengan sangat cool sekali walaupun di hati sudah menyumpah seranah.mereka dilatih untuk cuba tidak mengekspresikan kesakit hatian mereka di khalayak ramai.namun yang demikian harus lah diingat bahawa askar ini juga adalah seorang manusia yang tidak terlepas daripada membuat salah dan juga boleh tersentuh.sebenarnya hati askar ini adalah lagi kecil dari hati manusia biasa kerana telah banyak makan hati semasa menjalani latihan yang sungguh pedih itu.oleh itu, cubalah untuk memahami mereka kerana hati mereka sangat kecil.
janganlah sentiasa menyakiti hati askar askar ini kerana pada lazim nya mereka lebih mudah tersentuh dari manusia biasa.

*esok pagi aku da tamat latihan.lepas ni aku bukan pelatih lagi.aku da jadi askar betul betul punye.he he he


bye!

Saturday, November 27, 2010

gigi dan anda

gigi adalah sejenis tulang.
beliau digunakan untuk menggigit makanan dan juga kadang kala boleh digunakan untuk menggigit orang yang membuat kita marah.
gigi ada banyak jenis.
ada panjang ada pendek.
ada jongang ke luar ada pula jongang ke dalam.
ada yang rongak ada yang berserpih.
ada yang kekurangan gigi ada juga yang berlebih gigi.
ada yang bertaring di gusi namun ada pula yang bertaring di tengah tengah.
semuanya kejadian ALLAH.
apabila gigi jongang boleh lah dipakaikan braces.(perempuan pakai braces nampak comel).
apabila gigi rongak bolehlah ditanam gigi baru ataupun dipakaikan gigi palsu.
apabila kekurangan gigi boleh juga dirapatkan supaya tidaklah nampak jelas kekurangannya dan apabila terlebih gigi boleh pula dicabut supaya tampak lebih yakin apabila berjalan jalan di kuala lumpur.
namun yang demikian janganlah kita sesekali lupa.
menjaga gigi amatlah susah.
gosok gigi paling kurang 3 kali sehari supaya gigi tidak berlubang tidak berlumut malah tidak tampak kuning serta bertahi gigi.
amatlah hodoh jika berjalan jalan di kuala lumpur sambil tersengih cuba mengorat awek awek kuala lumpur tapi bergigi kuning malah berlumut pulak tu.
menggosok gigi 3 kali sehari bikanlah menjadi satu dosa malah juga tidak memberi kesan negatif kepada orang di sekeliling kita.
jika kita selalu menggosok gigi, maka mulut pun tidak lah berbau seperti longkang.
adalah lebih baik jika percakapan kita seperti longkang daripada mulut berbau busuk seperti longkang kerana ia akan menjejaskan tali persaudaraan antara kita kerana kawan kita menegur "hoi mulut kau busuk lah cilaka tak gosok gigi ke?".maka dengan tidak sengajanya akan tercetuslah perang dingin kerana kita terpaksa menegur mereka mereka yang bermulut busuk sebab malas menggosok gigi.
waima pagi terbangun lambat tak sempat mandi tidak apa janji gigi hendaklah digosok juga kerana kita bercakap menggunakan mulut bukannya menggunakan siku mahupun perut.
bagi menjamin kecantikan gigi, kita hendaklah membuat scaling paling kurang 6 bln sekali.itu juga sudah memadai bagi meyakinkan kita ketika berjalan jalan sambil tersenyum senyum di KLCC.
saya bukan lah seorang misi jauh sekali seorang doktor gigi namun saya masih menitik beratkan keadaan gigi serta bau yang keluar daripada mulut ketika mahu memulakan perbualan dengan orang di sekeliling.
adalah penting supaya mulut berbau enak jika berada di dunia yang penuh pancaroba ini.
dengan ini saya menyeru kepada semua umat manusia supaya janganlah menjadi seperti monyet di hutan kerana mereka tidak menggosok gigi.
malah jika monyet itu dibela, tuannya juga akan menggosok gigi mereka.
di situ kita boleh nampak yang kebersihan mulut amatlah dititik beratkan tidak kira dari segi manusia mahupun binatang peliharaan.
sebelum kita ditegur oleh orang yang dikenali ataupun tidak dikenali disebabkan bau mulut yang macam haram. marilah kita menggosok gigi!




*gadis yang memakai braces adalah sangat comel sekali mahu cari satu lah!

bye!